Monday, January 20, 2014

Aktiviti Menaikkan Antenna di Kambing BMX

Semalam 20/1/2014 acara menaikkan antenna 10M di Kambing Golek BMX (kedai 9M2BMX).  Antenna yang diberikan oleh 9W2IKA telah diwakaf kan disini untuk kegunaan bersama.. so dibawah ada serba sedikit gambar mengenai aktiviti tersebut. :)












My 2nd Yaesu FT897

Alhamdulillah, ahad yang lepas 19/1/2014 saya telah ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk meminang Radas Abg Edham (9W2IKA).  Pertama kali berjumpa dan bersalaman bersama beliau.  Radas yang telah lama tidak digunakan bertukar kepada tuan baru. Ft 897 yang sebelum ini digunakan telah mempunyai teman.. 


Sampai ke rumah, terus je bersihkan sawang dan habuk padad radas tersebut.. cuba tengok, apa yang anda nampak.. hehe..




Ada 6 biji telur cicak.. hehe.. ini menandakan bahawa radas ini telah lama tersimpan dan tidak digunakan.  Ini disebabkan abg edham sibuk dengan tugasan dan perniagaan beliau.. Beliau juga telah menghadiahkan 10M Yagi 3 Element untuk dibawa pulang.. TQ to 9W2IKA.. Hehe..






Tuesday, January 14, 2014

DXCC

Mula mengenali dunia HF ini pada 9 November 2013. Dimana pada hari tersebut saya telah ke Seri Iskandar, Perak untuk mendapatkan radas daripada Abg Salehan (9W2SBD). Teringat kembali pada hari tersebut abg salehan tidak membenarkan saya pulang selagi tidak mendapat 3 DXCC sekurang-kurangnya dan dalam masa yang sama banyak ilmu yang telah beliau kongsikan..

Ini adalah DXCC pertama saya.. ahaks..


Diikuti DXCC yang berikutnya.. :)







Dan hasil untuk 2013..


Target 2014 = 100 DXCC insyaallah.. 73..

Operasi Menaikkan Antenna

Pada hari ahad yang lepas 12/1/2014, antenna hombrew hasil dari kerja tangan sendiri 3 Element LFA Yagi telah dinaikkan setinggi 28 kaki.







Hasil cubaan dxing pada hari tersebut telah berjaya mendapat 3 new DXCC, antara stesen yang berjaya dihubungi adalah BI1MCK, JA6JNF, BD7IBX, FR4NT, E73S DAN YO4RIU. 

Sangat gembira kerana antenna hasil dari kerja tangan sendiri dapat berfungsi.. ahaks.. TQ kepada rakan2 yang banyak memberikan tunjuk ajar terutamanya rakan2 dari My10mg.. 73..